Friday, July 30, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI SEPULUH
Hello semua!!!
Dalam beberapa blogging,saya paling suka tudung kerana tudung adalah pilihan saya dan saya suka memakai tudung setiap saya keluar dengan keluarga atau pun kawan. Haha...Saya lebih memakai tudung daripada tidak pakai.
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI SEMBILAN
'Assalamualaikum' semua
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya.
"Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.Tudung labuh atau mini telekung.Tudung bersegi seperti tudung bawal.Tudung sarung atau tudung mini.Selendang.Skarf.
*Gambar ini diambil dari
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI LAPAN
Salam Sejahtera Semua
Kami bertemu lagi di blog.Haha.
Berkonsepkan 'Makanan Yang Sedap', 'Layanan Yang Cekap' dan 'Nilai Yang Berpatutan' menjadi kunci kejayaan kepada hasil jualan yang lumayan.Terdapat beberapa pilihan mee kami yang lazat dan istimewa untuk anda nikmati antaranya yang paling popular Mee Rebus.
*Gambar ini diambil dari kelasmelayusaya.blogspot.com
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI TUJUH
Hello!!
Lebaran, atau Hari Raya Idul Fitri (juga Idul Adha), merupakan salah satu hari besar bagi umat muslim. Sebagai negara yang banyak memiliki warga muslim, lebaran juga menjadi ajang 'liburan' nasional. Ketupat adalah salah satu makanan yang cukup identik dengan lebaran.
Saya juga kurang tahu mengenai ketupat ini untuk wilayah di luar Indonesia.Ketupat, yang berasal dari beras yang dibungkus dengan daun kelapa, cukup populer di Indonesia. Mungkin karena sebagian warga Indonesia yang mengkonsumsi nasi. Ketupat adalah salah satu produk olahan dari beras selain nasi, lontong, ataupun bubur.Saat lebaran, ketupat disajikan bersama-sama dengan makanan tradisional khas indonesia seperti rendang, opor ayam, ataupun sate.
Tidak bisa dipungkiri juga jika ketupat juga dapat ditemukan dalam keseharian di luar lebaran. Misalnya kupat tahu yang cukup populer di Tanah Pasundan, atau juga sebagai pelengkap sate.
*Gambar ini diambil dari anhe51.wordpress.com
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI ENAM
Hello!
Saya disini mahu ceritakan tentang makanan tradisional melayu. Ia adalah nasi lemak.
Nasi lemak adalah makanan hobi saya. Kadang-kadang saya selalu pergi ke kedai kopi untuk membeli nasi lemak.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.
Thursday, July 29, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI LIMA
Salam Sejahtera Semua
Sepak Takraw,salah satu daripada permainan tradisional.Walaupun permainan tradisional sudah tidak diendahkan,Sepak Takraw tetap terkenal di kalangan remaja.Sepak takraw juga antara sukan yang disenaraikan dalam sukan olimpik.Ini bermakna,sukan Sepak Takraw masih dimainkan.Sukan ini sungguh terkenal di negara-negara asia terutama di Malaysia,Singapura,Brunei dan juga Thailand.Saya cukup senang apabila melihat para remaja seronok bermain sukan Sepak Tarkraw.Lebih senang apabila melihat bangsa lain juga seronok bermain permainan tradisional kita.Baiklah.Saya akan berkongsi sejarah tentang Sepak Takraw.
Permainan sepak takraw wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.Bola sepak takraw diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Baiklah.Saya pasti bahawa semua remaja terutama lelaki tahu bagaimana hendak bermain sukan ini.Walaupun begitu,saya tetap akan menerangkan cara-cara bermain Sepak Takraw kerana tidak semua yang tahu bagaimana hendak main.Dalam permainan sepak takraw, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, pemain lawan mendapat satu mata dan perlawanan berterusan sehingga salah satu pasukan mendapat mata maksimum.Cara mainnya sunggu mudah.Ia seperti kita bermain badminton.Cuma sepak takraw tidak memerlukan raket dan sepak takraw dimainkan secara tiga orang satu kumpulan.
Ini sahaja yang saya boleh kongsikan kerana saya rasa tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut kerana sukan ini sudah ramai yang tahu cara bermain.Baiklah...terima kasih kerana membaca.
Wednesday, July 28, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI EMPAT
*Gambar ini diambil dari strange-games.blogspot.com
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI TIGA
Sunday, July 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2020-ENTRI KEDUA
Salam Sejahtera Semua
Seni Persembahan Melayu adalah tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Ia juga boleh dikategorikan dari segi genrenya, iaitu rakyat atau istana atau dibahagikan mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama. Syarahan ini akan meninjau seni persembahan tradisi dari segi fungsinya, iaitu ritual, pengubatan dan hiburan, dan menghuraikan perubahan yang telah berlaku ke atas mereka.
Persembahan untuk ritual yang merangkumi bentuk tarian dan teater memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum bagi memenuhi berbagai tujuan. Antaranya ialah untuk kesyukuran, bernazar dan perlindungan dari malapetaka. Perkara kesyukuran ialah seperti perkahwinan, kelahiran dan menuai; menolak bala malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir, ribut taufan; memohon perlindungan melibatkan upacara menyemah kampung atau rumah panjang, membersih kawasan hutan untuk tanaman, mengubah tengkorak ke tempat atau rumah baru dan upacara pengubatan.
Contoh tarian sekular di Semenanjung ialah joget, gamelan, asyik, hadrah, terinai, rodat, canggung dan mak inang, sementara bentuk teater untuk hiburan sekular diwakili oleh jikey, makyong laut dan bangsawan.
Sunday, July 11, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA
"Assalamualaikum" semua yang sedang membaca blog saya.
Saya ingin tahu apa maksud budaya melayu. Saya sudah pun cari apa maksud budaya melayu.
Manusia adalah satu-satunya makhluk yang berbudaya. Kebudayaan bisa didefinisikan sebagai sistem terintegrasi di masyarakat yang berkaitan dengan nilai,kepercayaan,perilaku dan artefak. Dalam perjalanan sejarah manusia,kebudayaan inahil yang membedakan antara manusia atau komunitas yang satu dengan lainnya. Kebudayaan Melayu yang dibahas dalam portal ini tidak terlepas dari unsur-unsur yang telah didefinisikan diatas.
Ada pelbagai-bagai jenis tentang budaya melayu. Ia ada bermacam-macam jenis sebagai permainan tradisional Melayu, makanan tradisional Melayu dan seni persembahan Melayu.
*Gambar ini diambil dari sub.adoimagazine.com,maxis.cyberkids.com.my dan thestar.com.my.