Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI LIMA

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU-SEPAK TAKRAW

Salam Sejahtera Semua

Sepak Takraw,salah satu daripada permainan tradisional.Walaupun permainan tradisional sudah tidak diendahkan,Sepak Takraw tetap terkenal di kalangan remaja.Sepak takraw juga antara sukan yang disenaraikan dalam sukan olimpik.Ini bermakna,sukan Sepak Takraw masih dimainkan.Sukan ini sungguh terkenal di negara-negara asia terutama di Malaysia,Singapura,Brunei dan juga Thailand.Saya cukup senang apabila melihat para remaja seronok bermain sukan Sepak Tarkraw.Lebih senang apabila melihat bangsa lain juga seronok bermain permainan tradisional kita.Baiklah.Saya akan berkongsi sejarah tentang Sepak Takraw.

Permainan sepak takraw wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.Bola sepak takraw diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Baiklah.Saya pasti bahawa semua remaja terutama lelaki tahu bagaimana hendak bermain sukan ini.Walaupun begitu,saya tetap akan menerangkan cara-cara bermain Sepak Takraw kerana tidak semua yang tahu bagaimana hendak main.Dalam permainan sepak takraw, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, pemain lawan mendapat satu mata dan perlawanan berterusan sehingga salah satu pasukan mendapat mata maksimum.Cara mainnya sunggu mudah.Ia seperti kita bermain badminton.Cuma sepak takraw tidak memerlukan raket dan sepak takraw dimainkan secara tiga orang satu kumpulan.

Ini sahaja yang saya boleh kongsikan kerana saya rasa tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut kerana sukan ini sudah ramai yang tahu cara bermain.Baiklah...terima kasih kerana membaca.
*Gambar ini diambil dari montessorideoro.com

No comments:

Post a Comment