Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI TIGA

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU-CONGKAK

Salam Sejahtera Semua
Kami bertemu lagi.

Permainan tradisional Melayu yang saya tahu ialah congkak. Setiap kali saya main congkak, saya perlukan guli dan papan congkak. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
*Gambar ini diambil dari mhusni.com

Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2020-ENTRI KEDUA

SENI PERSEMBAHAN MELAYU

Salam Sejahtera Semua

Seni Persembahan Melayu adalah tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Ia juga boleh dikategorikan dari segi genrenya, iaitu rakyat atau istana atau dibahagikan mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama. Syarahan ini akan meninjau seni persembahan tradisi dari segi fungsinya, iaitu ritual, pengubatan dan hiburan, dan menghuraikan perubahan yang telah berlaku ke atas mereka.

Persembahan untuk ritual yang merangkumi bentuk tarian dan teater memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum bagi memenuhi berbagai tujuan. Antaranya ialah untuk kesyukuran, bernazar dan perlindungan dari malapetaka. Perkara kesyukuran ialah seperti perkahwinan, kelahiran dan menuai; menolak bala malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir, ribut taufan; memohon perlindungan melibatkan upacara menyemah kampung atau rumah panjang, membersih kawasan hutan untuk tanaman, mengubah tengkorak ke tempat atau rumah baru dan upacara pengubatan.

Contoh tarian sekular di Semenanjung ialah joget, gamelan, asyik, hadrah, terinai, rodat, canggung dan mak inang, sementara bentuk teater untuk hiburan sekular diwakili oleh jikey, makyong laut dan bangsawan.


*Gambar ini diambil dari cipta-faca.blogspot.com,ilsatari.blogspot.com dan malay.cri.cn


Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA

BUDAYA MELAYU

"Assalamualaikum" semua yang sedang membaca blog saya.

Saya ingin tahu apa maksud budaya melayu. Saya sudah pun cari apa maksud budaya melayu.

Manusia adalah satu-satunya makhluk yang berbudaya. Kebudayaan bisa didefinisikan sebagai sistem terintegrasi di masyarakat yang berkaitan dengan nilai,kepercayaan,perilaku dan artefak. Dalam perjalanan sejarah manusia,kebudayaan inahil yang membedakan antara manusia atau komunitas yang satu dengan lainnya. Kebudayaan Melayu yang dibahas dalam portal ini tidak terlepas dari unsur-unsur yang telah didefinisikan diatas.

Ada pelbagai-bagai jenis tentang budaya melayu. Ia ada bermacam-macam jenis sebagai permainan tradisional Melayu, makanan tradisional Melayu dan seni persembahan Melayu.

*Gambar ini diambil dari sub.adoimagazine.com,maxis.cyberkids.com.my dan thestar.com.my.